.: sEMBANG - SEMBANg :.

Monday, March 10, 2008

Maghi Semo Pakat Balik Ngundi

Menyahut seruan Ayah Zit, kami semua balik ngundi di kampung. Ummi terpaksa balik tumpang Ngah coz chik man ngundi kat kemaman.. ooo.. dia memang jadi orang yang paling sibuk la setakat ni.. kekadang mengalahkan YB pulak.. :D
Hari mengundi tiba, dan kami semua pergi menunaikan tanggungjawab kami pepagi lagi.. ummi, mok, cik aling dan chik mengundi di sekolah rendah salor. Entah kenapa rasa ketar la pulak ummi nak mengundi.. hik. macam first time le pulak.. bukan apa, risau dengan apa keputusan yang akan diperolehi nanti coz, 'depa' perang habis habisan nak tawan kelate.. so, ummi dan semua yang sayangkan Islam takut jugak la, kalau memang betul2 depa dapat tawan kelate..
Teringat pesan tok guru, kami tak lepas baca doa moga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang HAK.. dan sabar jugak nak tahu keputusan yang bakal kami perolehi nanti..
Pada petang hari mengundi tu.. kami ke belah bachok coz ada kenduri.. isy.. risau tengok bendera depa memang sepanjang jalan yang kami lalu.. kalau tengok kepada bendera, memang kami akan kalahlah.. dan, seperti yang di war warkan dalam tv pun, yang Awang Adek memang sudah bersedia untuk naik sebagai MB kelate.. kalau betul la, memang kami tak redha la dia jadi MB..
Malam penentuan, kami semua pakat dok depan tv.. nak dengar keputusan. tapi, nampak gaya macam diorang nak sembunyikan je result sebenar.. tapi, bila chik man call, dia bgtau yang 5 negeri 'kita' dah tawan.. kelate, kedah, penang, perak dan selangor.. dengan terengganu terpaksa menjadi korban kepada depa.. keputusan yang chik man dapat ni, adalah sumber dari internet dalam malaysiakini.. Alhamdulillah .. kami mendengar nya.. dan memang 8hb Mac 2008 menjadi tarikh keramat dalam lipatan sejarah nanti coz, pembangkang dapat menawan 5 negeri menjadikan depa tak dapat mempertahankan 2/3 kerusi dalam kabinet.. dan dengar desas desus, yang pak lah akan turun dari jawatan pm, dan najib akan naik..
we'll see ...
p/s: dan, pada malam tu, ummi dan seluruh mereka yang memperjuangkan Islam sujud syukur kerana Allah masih menjaga Agama Nya dari jatuh kepada mereka yang tak bertanggungjawab.. TAKBIR!! ALLAHHUAKBAR!!!

Sunday, February 3, 2008

Keistimewaan lain Adi Putra


Hari ni, ummi ada dapat satu email dari chik man, so ingat nak kongsi dengan semua. Harap - harap adalah di kalangan keluarga kita yang dapat jadi macam Adi Putra ni.. InsyaAllah..

>>>>>>>>>>>>


Keistimewaan lain Adi Putra

Oleh ZAMRI RAMBLI

Genius matematik dari Bagan Serai, Adi Putra Abdul Ghani berusia genap sembilan tahun hari ini.



SAYA pertama kali bertemu Adi Putra pada November 2005 di rumah datuknya di Tanjung Malim, Perak. Dalam pertemuan itu, Adi Putra telah menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat, sedangkan saya baru separuh jalan menekan punat nombor kalkulator. Adi baru berusia enam tahun ketika itu.

Saya juga terkejut dengan kepantasan Adi Putra mencongak, beberapa kiraan pendaraban yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan perpuluhan di atas. Dalam diam, saya mengagumi kepintaran Adi Putra dan sekali sekala berasa diri saya kerdil di hadapannya.

Dua tahun kemudian, minggu ini, saya teruja lagi dengan pemilik wajah comel ini - Adi Putra dikatakan memiliki kelebihan lain selain matematik iaitu apa yang dipanggil deria keenam atau gerak hati.

Ahad lepas, Adi Putra berkunjung ke rumah keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang di Taman Medan, Petaling Jaya, sejak 9 Januari lalu. Menurut Adi Putra, beliau sedang cuba mencari Sharlinie menggunakan 'caranya'.

Ketika lawatannya, Adi Putra turut memberikan formula berbentuk pil bagi menenangkan perasaan ibu dan bapa Sharlinie selain pergi ke padang tempat Sharlinie dilihat sebelum kehilangannya.

Kemudian, Adi Putra membawa sekumpulan anggota polis ke Ulu Yam, Gombak selepas mendapat petunjuk Sharlinie pernah berada di situ. Walaupun, kecewa kerana hanya mendapat jejak kosong, penemuan satu tulisan bertulis 'media' di atas tanah memang mengejutkan. Ia dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.

Menurut bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid, 49, sebenarnya ini bukanlah bantuan pertama yang diberikan oleh Adi Putra berkaitan orang hilang.

"Pernah sekali seorang kanak-kanak dipercayai lemas sudah 18 hari tidak ditemui. Keluarganya datang pun untuk minta tolong kalau-kalau boleh diberi petunjuk walaupun hanya untuk dapatkan tulang anaknya.

"Kami turun sendiri ke kampung mangsa untuk mencari. Bayangkan kami mencari di sebatang sungai dari tengah malam sampai pukul 5 pagi. Kemudian Adi Putra ajak balik. Sekitar pukul 7 pagi, keluarga mangsa telefon memberitahu mereka sudah menemui mayatnya dan ia masih dalam keadaan baik," cerita Abdul Ghani.

Akui beliau, Adi Putra tidak mahu menemui mayat mangsa secara terus kerana tidak suka mendabik dada. "Adi Putra usahakan dan biarkan orang lain yang temui, jadi orang tidak terlalu mengaitkannya dengan Adi Putra," katanya.

Dan Khamis lalu, saya berpeluang berbual santai dengan Adi Putra untuk menyelami kepintaran matematiknya dan bagaimana anak kecil ini melihat dunia. Saya juga ingin memahami sisi lain seorang Adi Putra.

Saya dibenarkan menemu bual Adi Putra secara bersendirian tanpa ditemani ibu bapanya - sesuatu yang jarang diperoleh media lain.

"KASIH ibu. Serihana Elias dan suami terus mencari formula terbaik untuk membesarkan anak genius mereka."



Sepanjang temu bual itu, sambil mulutnya semakin lancar menjawab soalan saya (berbanding dua tahun lalu dia lebih pendiam), tangannya juga pantas menekan punat permainan video.

Dan sebelum saya pulang, Adi Putra sempat berpesan: "Untuk abang, Adi nasihatkan baca Alam Nasyrah (surah al-Insyirah) setiap hari."

Saya tanya kenapa surah itu? Jawab Adi: "Untuk rezeki abang."

Dan untuk kesekian kalinya, saya melihat keistimewaan Adi Putra dan ia sukar diterangkan.

Selebihnya, Adi Putra seperti kanak-kanak sebayanya - makan KFC, gemar menonton siri kartun Naruto, menunggang motosikal mini dan meminati penyanyi Adam AF2.

EKSTRA!: Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?

ADI PUTRA: Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.

Macam mana boleh terfikir?

Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.

Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik. Kenapa surah Yasin dan matematik?

Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin pula untuk penerang hati.

Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?

Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.

Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari?

Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.

Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam 'kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil'. Sebab apa Adi kata macam tu?

Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah.

Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini?

200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah.

Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?

Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta.

Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam?

Ilham datang waktu itu.

Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi?

Counter Strike, game tembak-tembak...Ada juga main game Meet the Robinsons.

Bila besar Adi nak jadi apa?

Adi nak jadi profesor matematik Islam.

Adi tahu Adi terkenal sekarang?

Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda.

Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka?

Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.

Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?

Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.

Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie?

Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong.

Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie?

Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa.

Adi tahu di mana Sharlinie sekarang?

(Adi diam. Dia terus bermain permainan video)

Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ?

Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi.

Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati?

Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi.

Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca?

Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa.

Doa apa?

Maaf, tak boleh Adi bagi tahu.

Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang?

Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik.

Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.

Adakah letih menjadi seorang genius?

Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah.

Apa ucapan untuk ibu dan ayah?

Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi.

Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?

Adi baru belajar tahfiz - Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah.

Monday, January 14, 2008

Berita Yang Paling Menggembirakan

Semalam, tetiba ada call dari adik ama.. tak aspect pun yang dia akan sampai kan berita yang paling menggembirakan ummi pada ketika ini.. rasa terketar - ketar coz terlalu gembira.. yes. yes. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, adik ama have got the job as account assistant at usains kubang kerian.. Ya Allah, macam tak percaya.
Lepas je dapat berita tu, ummi terus call abang, kak, adik ah untuk mengkhabarkan berita gembira ni..
Dan, antara figure yang tolong dalam mendapatkan job ini, ummi nak rakamkan ucapan terima kasih kat sini buat En Nik Nashron Abd Aziz (Pegawai Sistem Maklumat Kanan, PPKT USM Kubang Kerian) yang telah banyak membantu. En Nik ni dulu, penyelia ummi masa practical kat usm kubang kerian.. ummi dah last minute teringat nak mintak tolong dia.. Syukur. Terima kasih banyak atas budi en nik.. Moga Allah akan permudahkan segala urusan en nik selepas ini..
Next week, adik ama akan mula masuk kerja kat usains.. start 20hb. so, dok plan2, maybe adik ama dan mek akan datang ke kemaman coz adik ama nak sambung lesen P kat kuantan. di sebabkan budi kawan dah kena gantung lesen, semua usaha ummi sebelum ni, iaitu bagi adik ama ambik lesen L sia2.. coz must pay back to them, in stead want to get the P license. isy.. tapi, dah memang terpaksa, so tak pe la.. ada la tu hikmah dia..
Harini, ummi sesaje dok baca tulisan ummi sebelum ni, dan ummi ada nak kongsi satu tulisan hati yang mana, jika niat kita baik.. InsyaAllah Allah akan tunaikan..
tulisan ni, ummi post kan dalam blog ummi.. kalau sesape pernah baca la.. :D
ummi postkan suara hati ni, semasa Ngah dapat kerja kat Hussin Safri.. dan, masa tu pernah perasaan gembira seperti ini pernah timbul, dan sekali lagi Allah makbulkan permintaan dan usaha ummi.. Syukur. Moga Allah permudahkan segala urusan ummi juga selepas ini.. Amin.
Teringat kata kata cik sue semalam, yang masa ambil result periksa pun, dia tak pernah segembira ini, emm.. ok la.. berbuah juga usaha ummi kan.. :D

-----------------------------------------------

Monday, March 5, 2007

Syukur di atas RahmatNya

AlhamdulilLah.. imah dapat berita gembira dari adik ah yang dia dapat kerja kat Hussin Safri.. terpikir dalam hati yang kekadang, imah yang terlalu excited.. entahla.. imah rasa kesian jugak pada diorang berdua coz dah lama diorang bertanam anggur..
akhirnya imah dapat menarik nafas lega coz usaha imah selama ini, berbaloi.. dengan hanya saje - saje call, akhirnya berbuahkan hasil.. Syukur..
cuma, terkilan coz tak sempat nak carikan untuk adik ama je.. takpe la.. ada la tu hikmahnya..
bila terkenang semula selama ini adik ah berada di rumah menemani mek kat kampung, rasa kesian dan sedih pulak pada mek coz mek akan berkeseorangan semula kat kampung.. mesti mek akan rasa sunyi dan sedih. sebak rasa kalau teringatkan semua ni.. rasa nak je suruh adik ama balik kerja kat kampung temankan mek..
takpe, InsyaAllah akan imah usahakan semoga adik ama akan dapat bekerja kat kampung jugak akhirnya in stead of temankan mek... Ya Allah semoga Kau permudahkanlah segala urusan ke atas kami sekeluarga.. dan, semoga kami tergolong dalam kalangan yang bersyukur di atas nikmatMu.. Amin...

Monday, December 31, 2007

2007 DALAM KENANGAN.....

Hari ini bermulanya tahun baru..1 Januari 2008.... pasti nyer ramai di kalangan kita yang nak melaksanakan "azam tahun baru"... dan azam ngah di tahun baru ini ingin "MEMPERKAYAKAN DIRI"....kaya dari segi ilmu, agama, harta dan pasti nyer ingin menunggu kelahiran cahayamata yang kedua....insyaAllah hujung bulan tiga nie....
Ngah rasa banyak sangat kenangan pahit/manis yang dilalui sepanjang tempoh 2007, dan semesti nyer yang pahit dijadikan pengajaran dan yang manis dijadikan kenangan..
Tahun 2007 juga merupakan tahun dimana ngah memulakan kerjaya sebagai seorang "loyer", memulakan perniagaan "jual nasi ayam"... berjinak2 dgn bdr kemaman..blaja ckp tganu... and yang penting nyer ngah hepi duk di sini..dekat dgn mah, kak..nak balik kg pun tak jauh sgt...dibandingkan dgn duk kl-taraf hidup tinggi,jale jeng, keje banyok, fikirang srabut.... ada hikmaklah jugak mah bersusah payah mencari keje utk ngah kat sini... tangkiu umi.. dan pengalaman yang tak dapat ngah lupakan ialah semasa menyambut family day 2007...1st time nyambut bersama suami dan anak tersayang...hehehe..hepi sangat..
Dan tahun 2007 juga menyaksikan ramai kejayaan anak2 sedara..UPSR,PMR, dan ada yang baru melangkah masuk u, matrik...Tahniah semua...
2007 juga menyaksikan kelahiran ahli baru MOHD ADAM BIN MAHADI and anak Na&Zul (sori lupa nama,ramai sgt dah)...yang pasti nya menambahkan lagi bilangan cucu dan cicit2 mek...Alhamdulillah..... diharapkan semoga tahun 2008 juga akan membawa seribu makna dan keceriaan dalam hidup kita semua...INSYAALLAH..... SELAMAT TINGGAL 2007

Sunday, December 16, 2007

>> Sori lama x berupdate

Ummi minta maaf coz lama blog ni tak di update. minta maaf bebanyak. Sekarang ni banyak kerja kat office yang menunggu masa untuk di submit dan, masih tak sempat nak mengajar anak buah untuk mengambil alih dalam mengendalikan blog family ni.. InsyaAllah ada masa nanti, ummi akan ajar semua tentang memasukkan gambar dan update blog ni, supaya ianya akan lebih meriah dengan kehadiran semua. Dengar kata, umah nik dah ada internet. Okla tu.. boleh ummi mintak dia menjadi salah sorang blogger pada website kita ni.. emm.. camne?.

Wednesday, October 17, 2007

Makang nasi ayam umah ayah Long

the way ummi nak balik kemaman, so kami di jemput jalan - jalan makang nasi ayang umah abe zaid.. so, dengan berbesar hati la kami datang makang.. :D
best.. amacam?. agok - agok.. buleh dok lawan ngan nasi ayam kat restoren khashfa tu?.. hehe

Sunday, October 14, 2007

>> Family's Meeting

Seperti kebiasaan, kami anak beranak akan berkumpul secara rasmi untuk berbincang mengenai beberapa perkara; terutamanya tentang hari keluarga yang akan di adakan pada tahun hadapan dan juga beberapa perkara lain. Tujuan utama diadakan perjumpaan sebegini adalah bagi mengeratkan tali persaudaraan antara kami anak beranak dan juga mendengar segala permasalahan dan juga luahan dari hati masing - masing.. yela, bukan selalu kami dapat bersama begini, hanyala pada hari raya la kami dapat berkumpul, sambil bermaaf maafan di antara satu sama lain..
Keputusan yang telah di buat, selepas ini, kami akan mengadakan hari keluarga selang satu tahun dengan aktiviti ziarah. Di samping dapat menjimatkan kos, aktiviti baru seperti ziarah ini akan lebih mesra kerana kami seluruh keluarga akan ke rumah salah seorang daripada adik - beradik kami bagi tujuan ZIARAH, dan ianya akan bersilih ganti apabila bertukar tahun. dan, keputusan yang telah di buat, tahun depan ziarah pertama kami adalah ke rumah kak.. yahoo..
Dan antara lain perkara yang di bincangkan adalah, proses membaiki rumah abe zaid yang mana telah reput di makan anai anai.. jadi, tabung kebajikan telah di lancarkan kepada sesiapa yang hendak menderma bagi meringan kan lagi beban mereka.. tambahan abe zaid maybe akan mendapat menantu pada tahun depan.. ehemm.. sape ekkk?..
Selepas mesyuarat, agenda makan - makan dan rakaman lensa juga tidak terkecuali.. :D

Friday, September 28, 2007

>> Majlis berbuka puasa

Sepanjang sebulan berpuasa, hanya sekali ummi sempat balik ke rumah mek untuk berbuka puasa dengan family kat kampung.. Alhamdulillah.. dapat berbuka puasa ramai - ramai dengan anak beranak. Walaupun tak semua yang dapat balik ketika tu, tapi majlis berbuka puasa tetap berjalan dengan jaya nya.. :D

Sunday, June 24, 2007

Oh ibu ku...

Maybank; suasana dalam bank sekarang ni takde la sibuk sangat,.. ummi datang just nak ambik document yang tak sempat siap tengahari tadi.. lama jugak nak kena tunggu coz Kak Zue nak clarify some things about bank statement.. sementara menunggu, saje main message coz malas nak layan tengok tv. segan jugak, coz dah beberapa kali terkena, tengah syok tengok tv yang disediakan kat dalam bank tu, tup2 rupanya nama bahtera marine dah beberapa kali di panggil.. so, saje buat sibuk dengan hp supaya takde la leka sangat..
Dalam pada dok taip message, dapat sms dari kak nah. Agak mengejutkan jugak coz, dah beberapa hari ummi teringat nak call mek, tapi selalu lupa bile malam. So, bila dapat sms dari knah yang menyatakan mek dah 2 hari tak dapat bangun coz demam, .. perasaan jadi tak keruan.. sedih, nak nangis, .. teringat kan mek.. Ya Allah.. ampunkanlah dosa hambaMu ini.. "adakah jahat sangat aku ni?.. sehinggakan mek demam teruk pun tak tahu??.. mek.. ampunkan kami mek, atas kelalaian kami.." .. time tu jugak ummi forward sms tu kepada semua my sister.. just for info.. dan, rasa hari tu jugak nak balik.. dalam fikiran ummi, nak balik, nak balik.. tapi, abang baru on the way nak g kl.. nampak gaya cam tak dapat nak pulang jugak ke kampung. ..
Keluar je dari maybank, ummi cuba call mek, tak berangkat.. call abe ha, .. dapat. dia tengah kerja.. "mek tok cekak nak bangun la tu.. dia demam tokleh nak bangun 2 hari doh.." uh.. lagi sayu hati ni.. lepas pikir2,.. camne ni ek,.. nak jugak tahu kondisi mek sekarang.. so, dapat idea. call farah, then farah bg mek hp dia, so boleh le ummi borak dengan mek sekejap... bagitau yang maybe kami tak dapat balik tengok mek.. emm.. biasala mek.. "takpo la.. mek demam je.." rasa bersalah sangat coz bila mek demam teruk camtu pun, boleh lagi bagi alasan itu dan ini.. tak ubah seperti dalam drama tv.. selalu ketepikan hak ibu.. taknak.. ummi tak nak jadi mcm tu..
Bile balik ke office, plan dengan adik ah, kut2 dia boleh balik.. then, she agreed with me.. bile tanya abah, dia pun nak balik jugak.. cuma, kena tunggu sehingga dia sampai kl.. emm.. takpe la lambat sikit pun, asalkan dapat balik kg.. tengok mek..
Abang sampai ke paka dalam pukul 11 malam.. memang dah terlalu lewat.. tapi, segalanya dah plan, so kami proceed jugak. bertolak dari paka, 2 buah keta.. chik man dan ayoh ngoh.. kak naik tumpang ummi.. coz cik aling kerja.. so, nasib baik jugak la kak naik keta ummi coz buleh jadi penglipur lara supaya abah tak ngantuk.. so, setelah 5 jam perjalanan, dalam kul 4 pagi, sampai le kami ke kampung.. syukur.. semuanya selamat..
Then, esoknya tu, kami mengemas rumah mek mana yang patut coz because of that, habuk, debu dan banyak menda yang kena kemas yang menyebab kan mek alahan dan demam..
Esoknye tu, ummi dan chik man terpaksa balik ke kemaman semula coz esoknya tu, sabtu tu ada program office chik man... sangat besar pengorbanan abang.. terima kasih di atas segalanya.. moga Allah limpahkan ganjaranNya buat abah.. Amin..

.: gUEST BOOk :.

>> Klik Di Sini