Maghi Semo Pakat Balik Ngundi
Menyahut seruan Ayah Zit, kami semua balik ngundi di kampung. Ummi terpaksa balik tumpang Ngah coz chik man ngundi kat kemaman.. ooo.. dia memang jadi orang yang paling sibuk la setakat ni.. kekadang mengalahkan YB pulak.. :D
Hari mengundi tiba, dan kami semua pergi menunaikan tanggungjawab kami pepagi lagi.. ummi, mok, cik aling dan chik mengundi di sekolah rendah salor. Entah kenapa rasa ketar la pulak ummi nak mengundi.. hik. macam first time le pulak.. bukan apa, risau dengan apa keputusan yang akan diperolehi nanti coz, 'depa' perang habis habisan nak tawan kelate.. so, ummi dan semua yang sayangkan Islam takut jugak la, kalau memang betul2 depa dapat tawan kelate..
Teringat pesan tok guru, kami tak lepas baca doa moga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang HAK.. dan sabar jugak nak tahu keputusan yang bakal kami perolehi nanti..
Pada petang hari mengundi tu.. kami ke belah bachok coz ada kenduri.. isy.. risau tengok bendera depa memang sepanjang jalan yang kami lalu.. kalau tengok kepada bendera, memang kami akan kalahlah.. dan, seperti yang di war warkan dalam tv pun, yang Awang Adek memang sudah bersedia untuk naik sebagai MB kelate.. kalau betul la, memang kami tak redha la dia jadi MB..
Malam penentuan, kami semua pakat dok depan tv.. nak dengar keputusan. tapi, nampak gaya macam diorang nak sembunyikan je result sebenar.. tapi, bila chik man call, dia bgtau yang 5 negeri 'kita' dah tawan.. kelate, kedah, penang, perak dan selangor.. dengan terengganu terpaksa menjadi korban kepada depa.. keputusan yang chik man dapat ni, adalah sumber dari internet dalam malaysiakini.. Alhamdulillah .. kami mendengar nya.. dan memang 8hb Mac 2008 menjadi tarikh keramat dalam lipatan sejarah nanti coz, pembangkang dapat menawan 5 negeri menjadikan depa tak dapat mempertahankan 2/3 kerusi dalam kabinet.. dan dengar desas desus, yang pak lah akan turun dari jawatan pm, dan najib akan naik..
we'll see ...
p/s: dan, pada malam tu, ummi dan seluruh mereka yang memperjuangkan Islam sujud syukur kerana Allah masih menjaga Agama Nya dari jatuh kepada mereka yang tak bertanggungjawab.. TAKBIR!! ALLAHHUAKBAR!!!
No comments:
Post a Comment