.: sEMBANG - SEMBANg :.

Monday, July 13, 2009

Mimpi baik..

Penat dah main dengan angka2 ni.. rasa nak rehat jap.. lagipun, dah tak lama nak balik..
letih jugak nak siapkan akaun ni.. hope dapat siapkan dengan cepat, coz this weekend nak balik kampung.. InsyaAllah..

Hari khamis yang lepas, ummi dapat panggilan dari mama chik..
dia bagitau yang dia baru balik dari dungun.. dan, dia baru teringat nak call ummi lepas kejadian yang dia lalui semasa di masjid dungun tu..

mama chik bercerita, semasa dia nak beri salam sembahyang asarnya, dia teringat mimpinya semalam.. lepas dia bagi salam, dia menangis teresak2 sehinggakan kawannya perasan akan tangisan nya tu..

Selepas dengar berita yang di khabar oleh mama chik, ummi pun turut menangis..
tangisan gembira dan sedih..
apapun, ummi bersyukur kerana apa yang ummi hajatkan, Allah perkenan kan..

teringat nasihat ustazah semalam, kalau kita mimpi buruk, jangan diberitahu kepada orang lain.. kerana berita buruk tu, adalah gangguan syaitan, dan aturan kepada mereka yang bermimpi buruk, tiup di sebelah kiri, dan berdoa kepada Allah semoga semuanya selamat..

Begitu juga dengan berita baik.. tak elok juga di beritahu kepada orang lain, takut akan timbul hasad dengki..

Namun, mimpi yang di alami oleh mama chik ini, ummi merasakan, di tunggu - tunggu oleh setiap ahli keluarga kita kan.. InsyaAllah..

Seperti yang diberitahu oleh Ustaz Osmarizal, yang menandakan haji orang yang telah meninggal dunia ini diterima oleh Allah, salah seorang dari ahli keluarga akan bermimpi berjumpa dengan arwah selepas upah haji nya selesai..

dan, kini.. setelah hampir 7 bulan berlalu, ummi tertunggu2 siapa kah insan yang bertuah itu?..
dan, hari khamis lepas.. mama chik menjadi pilihan.. Alhamdulillah..

Dalam ramai2 ahli keluarga kita, mama chik adalah orang yang paling bertuah kerana telah di pilih oleh Allah untuk berjumpa dengan arwah ayah.. sememangnya kak tiada bandingan.. dan, menerima hakikat yang mama chik adalah orang yang paling patut mendapatnya..

gembira dengan berita yang di khabarkan.. sedih kerana ummi bukan pilihan Allah.. namun, bersyukur kerana Allah telah memperkenan kan haji Ayah..semoga arwah ayah akan bersemadi dengan aman di SANA.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

> mama chik bagitau.. wajah arwah adalah yang paling bersih dan paling putih di kalangan mereka yang berada di sekeliling nya di dalam mimpi nya.. seronok.. best nya dapat jumpa arwah.. rinnnduuu...

No comments:

.: gUEST BOOk :.

>> Klik Di Sini