.: sEMBANG - SEMBANg :.

Friday, September 28, 2007

>> Majlis berbuka puasa

Sepanjang sebulan berpuasa, hanya sekali ummi sempat balik ke rumah mek untuk berbuka puasa dengan family kat kampung.. Alhamdulillah.. dapat berbuka puasa ramai - ramai dengan anak beranak. Walaupun tak semua yang dapat balik ketika tu, tapi majlis berbuka puasa tetap berjalan dengan jaya nya.. :D

Sunday, June 24, 2007

Oh ibu ku...

Maybank; suasana dalam bank sekarang ni takde la sibuk sangat,.. ummi datang just nak ambik document yang tak sempat siap tengahari tadi.. lama jugak nak kena tunggu coz Kak Zue nak clarify some things about bank statement.. sementara menunggu, saje main message coz malas nak layan tengok tv. segan jugak, coz dah beberapa kali terkena, tengah syok tengok tv yang disediakan kat dalam bank tu, tup2 rupanya nama bahtera marine dah beberapa kali di panggil.. so, saje buat sibuk dengan hp supaya takde la leka sangat..
Dalam pada dok taip message, dapat sms dari kak nah. Agak mengejutkan jugak coz, dah beberapa hari ummi teringat nak call mek, tapi selalu lupa bile malam. So, bila dapat sms dari knah yang menyatakan mek dah 2 hari tak dapat bangun coz demam, .. perasaan jadi tak keruan.. sedih, nak nangis, .. teringat kan mek.. Ya Allah.. ampunkanlah dosa hambaMu ini.. "adakah jahat sangat aku ni?.. sehinggakan mek demam teruk pun tak tahu??.. mek.. ampunkan kami mek, atas kelalaian kami.." .. time tu jugak ummi forward sms tu kepada semua my sister.. just for info.. dan, rasa hari tu jugak nak balik.. dalam fikiran ummi, nak balik, nak balik.. tapi, abang baru on the way nak g kl.. nampak gaya cam tak dapat nak pulang jugak ke kampung. ..
Keluar je dari maybank, ummi cuba call mek, tak berangkat.. call abe ha, .. dapat. dia tengah kerja.. "mek tok cekak nak bangun la tu.. dia demam tokleh nak bangun 2 hari doh.." uh.. lagi sayu hati ni.. lepas pikir2,.. camne ni ek,.. nak jugak tahu kondisi mek sekarang.. so, dapat idea. call farah, then farah bg mek hp dia, so boleh le ummi borak dengan mek sekejap... bagitau yang maybe kami tak dapat balik tengok mek.. emm.. biasala mek.. "takpo la.. mek demam je.." rasa bersalah sangat coz bila mek demam teruk camtu pun, boleh lagi bagi alasan itu dan ini.. tak ubah seperti dalam drama tv.. selalu ketepikan hak ibu.. taknak.. ummi tak nak jadi mcm tu..
Bile balik ke office, plan dengan adik ah, kut2 dia boleh balik.. then, she agreed with me.. bile tanya abah, dia pun nak balik jugak.. cuma, kena tunggu sehingga dia sampai kl.. emm.. takpe la lambat sikit pun, asalkan dapat balik kg.. tengok mek..
Abang sampai ke paka dalam pukul 11 malam.. memang dah terlalu lewat.. tapi, segalanya dah plan, so kami proceed jugak. bertolak dari paka, 2 buah keta.. chik man dan ayoh ngoh.. kak naik tumpang ummi.. coz cik aling kerja.. so, nasib baik jugak la kak naik keta ummi coz buleh jadi penglipur lara supaya abah tak ngantuk.. so, setelah 5 jam perjalanan, dalam kul 4 pagi, sampai le kami ke kampung.. syukur.. semuanya selamat..
Then, esoknya tu, kami mengemas rumah mek mana yang patut coz because of that, habuk, debu dan banyak menda yang kena kemas yang menyebab kan mek alahan dan demam..
Esoknye tu, ummi dan chik man terpaksa balik ke kemaman semula coz esoknya tu, sabtu tu ada program office chik man... sangat besar pengorbanan abang.. terima kasih di atas segalanya.. moga Allah limpahkan ganjaranNya buat abah.. Amin..

Thursday, May 24, 2007

Hari Ulangtahun Mek

23hb 5, merupakan hari ulangtahun mek yang ke 64tahun.. maybe ramai yang sedar dengan peristiwa bermakna ni.. coz masa ummi call malam tadi, just ummi yang wish dekat mek.. so, ummi sesangat mengharapkan semoga semua must take note this date.. ok?
Ummi ada send present buat mek, as for mother's day and birthday.. hope mek berpuas hati.. kami semua sayangkan mek dan sentiasa mengharapkan dan mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan mek.. semoga mek sentiasa di limpahkan dengan rahmatNya,.. Amin
Buat Mek.. hayatilah puisi ini..


Mek,
Kaulah ratu hatiku
kasih sayangmu tak dapat
dibeli dgn wang ringgit
kesudianmu melahirkan dan membesarkan
adalah satu pengorbanan
yg tidak ternilai dgn intan permata
Mek,
doaku semoga kau beroleh
kebahagian dunia dan juga akhirat
dan sentiasa dalam peliharaan
ALLAH swt hendaknya.
Amin ya rabbalalamin

Monday, April 16, 2007

Kejayaan Anak Saudara

Arini, ummi dapat message dari kak ros, mintak tolong checking the result of matriculation for kak chik.. so, ummi dengan perasaan berdebar (macam biasala.. tolong debarkan untuk orang lain.. bukan apa, excited).. AlhamdulilLah.. akhirnya kejayaan kak chik dalam SPM membuahkan hasil.. the result is, kak chik dapat menempatkan diri ke Kolej Matrikulasi Melaka.. (KMM).. macam firasat kak chik la.. doh kak chik dok mintak nak pergi sana, so dapat la tu.. Syukur.. sorang lagi anak kebanggaan kami sekeluarga, akan mengorak langkah setapak ke hadapan menuju kejayaan yang akan datang.. doa kami, semoga apa yang kak chik impikan, hasratkan akan dipermudahkan dan diberikan olehNya Yang Esa.. Amin..

Monday, April 9, 2007

Alhamdulillah

AlhamdulilLah..syukur padaNya kerana dengan izinNya, dapat juga ummi menyiapkan satu website yang dapat menempatkan semua link - link ke semua website yang telah ummi siapkan. Walaupun sesetengahnya hanya sedikit pengisian, namun ummi akan cuba sedaya upaya menempatkannya dengan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat untuk semua..

.: gUEST BOOk :.

>> Klik Di Sini