Lama sudah tak bersua
Assalamualaikum semua.
ummi berkelapangan hari ini untuk mencoret kan sesuatu dalam blog family kita yang dah lama tak berupdate ni.. memandangkan masing2 sibuk dan maybe masih ramai yang tak berapa mahir dalam nak update mengupdate blog kita ni, jadi nampak gayanya biar ummi sajala dlu berbicara. Sudah banyak aktiviti yang tak sempat ummi nak update, terutamanya tentang majlis perkahwinan anak sedara kesayangan zailan dan isteri tercinta liza, berita kegembiraan anak2 sedara yang dapat ke menara gading, dan tak lupa jugak mengenai cik sue yang nonong dapat bawak keta viva baru ke tempat kerja.. kui3. Walaupun terlalu banyak mehnah yang terpaksa dilalui dengan salesman keta tu, tapi at last, dapat jugak cik sue berkereta..round2 bawa mek :D
Alhamdulillah.. Syukur ummi ke hadrat Ilahi kerana di limpahkan kurniaNya yang tak ternilai.. kekadang terkenang kepada arwah ayah, betapa gembiranya dia jika dapat melihat kejayaan, kegembiraan, dan suasana yang kami semua dapat rasai sekarang, pasrah dan redha walaupun arwah tak dapat nak mengecapi apa yang kami lalui sekarang, namun doa kami sentiasa mengiringi roh ayah di 'sana' .. Amin..
Ummi harap begitu la jua kepada anak beranak ummi yang lain, walaupun kita bergembira di dunia ini, jangan lupakan mereka yang telah lama meninggalkan kita.. sedekah kan lah kepada mereka, at least Al Fatihah setiap hari..
Sebagaimana yang ummi telah ajarkan kepada anakanda kesayangan, Alia yang akan memberikan salam setiap kali melalui tanah perkuburan, dan sekarang ummi ajarkan terus supaya dia membacakan Al Fatihah buat atuk dia yang dia tak pernah kenal.. hanya mendengar cerita dari ummi nya.. itupun dia yang bertanyakan, dan terngiang2 ada satu soalan dia pada ummi yang membuatkan ummi mengalir air mata,"doh ummi nangis la masa ayah ummi meninggal?" .. ??? "menangis la, sedih sebab lepas tu, ummi dah takde ayah lagi dah.." .. jawab ummi..
Jadi, ummi nak mintak kepada kita semua, sama2 lah kita berfikir sejenak, sejauh mana kita memikirkan tentang kematian, yang mana kita akan kekal buat selamanya di 'sana?' Nasihat ini untuk diri ummi juga,.. semoga kita akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi mereka yang tergolong dalam kalangan mereka yang beriman.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin..
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment