.: sEMBANG - SEMBANg :.

Monday, December 31, 2007

2007 DALAM KENANGAN.....

Hari ini bermulanya tahun baru..1 Januari 2008.... pasti nyer ramai di kalangan kita yang nak melaksanakan "azam tahun baru"... dan azam ngah di tahun baru ini ingin "MEMPERKAYAKAN DIRI"....kaya dari segi ilmu, agama, harta dan pasti nyer ingin menunggu kelahiran cahayamata yang kedua....insyaAllah hujung bulan tiga nie....
Ngah rasa banyak sangat kenangan pahit/manis yang dilalui sepanjang tempoh 2007, dan semesti nyer yang pahit dijadikan pengajaran dan yang manis dijadikan kenangan..
Tahun 2007 juga merupakan tahun dimana ngah memulakan kerjaya sebagai seorang "loyer", memulakan perniagaan "jual nasi ayam"... berjinak2 dgn bdr kemaman..blaja ckp tganu... and yang penting nyer ngah hepi duk di sini..dekat dgn mah, kak..nak balik kg pun tak jauh sgt...dibandingkan dgn duk kl-taraf hidup tinggi,jale jeng, keje banyok, fikirang srabut.... ada hikmaklah jugak mah bersusah payah mencari keje utk ngah kat sini... tangkiu umi.. dan pengalaman yang tak dapat ngah lupakan ialah semasa menyambut family day 2007...1st time nyambut bersama suami dan anak tersayang...hehehe..hepi sangat..
Dan tahun 2007 juga menyaksikan ramai kejayaan anak2 sedara..UPSR,PMR, dan ada yang baru melangkah masuk u, matrik...Tahniah semua...
2007 juga menyaksikan kelahiran ahli baru MOHD ADAM BIN MAHADI and anak Na&Zul (sori lupa nama,ramai sgt dah)...yang pasti nya menambahkan lagi bilangan cucu dan cicit2 mek...Alhamdulillah..... diharapkan semoga tahun 2008 juga akan membawa seribu makna dan keceriaan dalam hidup kita semua...INSYAALLAH..... SELAMAT TINGGAL 2007

Sunday, December 16, 2007

>> Sori lama x berupdate

Ummi minta maaf coz lama blog ni tak di update. minta maaf bebanyak. Sekarang ni banyak kerja kat office yang menunggu masa untuk di submit dan, masih tak sempat nak mengajar anak buah untuk mengambil alih dalam mengendalikan blog family ni.. InsyaAllah ada masa nanti, ummi akan ajar semua tentang memasukkan gambar dan update blog ni, supaya ianya akan lebih meriah dengan kehadiran semua. Dengar kata, umah nik dah ada internet. Okla tu.. boleh ummi mintak dia menjadi salah sorang blogger pada website kita ni.. emm.. camne?.

.: gUEST BOOk :.

>> Klik Di Sini