Seperti kebiasaan, kami anak beranak akan berkumpul secara rasmi untuk berbincang mengenai beberapa perkara; terutamanya tentang hari keluarga yang akan di adakan pada tahun hadapan dan juga beberapa perkara lain. Tujuan utama diadakan perjumpaan sebegini adalah bagi mengeratkan tali persaudaraan antara kami anak beranak dan juga mendengar segala permasalahan dan juga luahan dari hati masing - masing.. yela, bukan selalu kami dapat bersama begini, hanyala pada hari raya la kami dapat berkumpul, sambil bermaaf maafan di antara satu sama lain..
Keputusan yang telah di buat, selepas ini, kami akan mengadakan hari keluarga selang satu tahun dengan aktiviti ziarah. Di samping dapat menjimatkan kos, aktiviti baru seperti ziarah ini akan lebih mesra kerana kami seluruh keluarga akan ke rumah salah seorang daripada adik - beradik kami bagi tujuan ZIARAH, dan ianya akan bersilih ganti apabila bertukar tahun. dan, keputusan yang telah di buat, tahun depan ziarah pertama kami adalah ke rumah kak.. yahoo..
Dan antara lain perkara yang di bincangkan adalah, proses membaiki rumah abe zaid yang mana telah reput di makan anai anai.. jadi, tabung kebajikan telah di lancarkan kepada sesiapa yang hendak menderma bagi meringan kan lagi beban mereka.. tambahan abe zaid maybe akan mendapat menantu pada tahun depan.. ehemm.. sape ekkk?..
Selepas mesyuarat, agenda makan - makan dan rakaman lensa juga tidak terkecuali.. :D